Watak dan Perwatakan Sarugaki_Hiyori

Hiyori merupakan seorang gadis kecil, berambut perang dan panas baran. Dia berambut tocang dan seringkali memakai pakaian senaman merah (yang bercorakkan kanji nama pertamanya) ketika dia tinggal di dunia sebenar. Dia juga mempunyai taring kecil di bahagian kiri mulutnya. Hiyori gemar membuli Hirako Shinji, seringkali dengan menamparnya dengan seliparnya. Begitu juga ketika dia menjadi leftenan Skuad 12, dia tidak mengiktiraf Urahara Kisuke sebagai kaptenya yang baru dan selalu memukul dan membuatkan Urahara seperti orang yang lemah. Dia amat marah kepada Urahara kerana telah mengambil Kurotsuchi Mayuri sebagai pembantu Urahara dan dia hanya menjadi orang suruhan sahaja. Topeng hollow Hiyori berupa seperti badak sumbu, dengan satu tanduk yang jelas di tengah-tengah dahinya. Dia telah mengambil masa yang paling lama untuk mengalahkan hollow dalamannya dikalangan vizard yang lain (kecuali Ichigo, yang mempunyai rekod masa yang hampir sama dengannya), direkodkan selama 69 minit dan 2 saat. Dia juga membenci sangat kepada Aizen Sōsuke kerana membuatkan dirinya mencederakan rakan-rakannya bukan kerana Aizen telah mengkhianati mereka sebagai shinigami.